- Iklan -

LEAGOO M5 Edge Dilancarkan Dengan Paparan Lengkung

Skrin melengkung pada peranti pintar bukan lagi perkara baru, teknologi ini semakin meluas digunakan oleh kebanyakan pengeluar. Oleh itu, LEAGOO telah memperkenalkan peranti terbaru yang diberi nama LEAGOO M5 Edge.

Paparan bersaiz 5 inci beresolusi 720 x 1280 dengan kepadatan 294ppi, cip pemproses MediaTek 6737 digunakan, RAM sebanyak 2GB dan storan dalaman 16GB. Pada bahagian kamera belakang 13 Megapiksel F/2.0 dan kamera depan 8 Megapiksel F/2.4 bersama mod FotoNation serta binaan kerangka logam dengan proses potongan CNC.

Sistem operasi Android Marshmallow dengan bekalan kuasa bateri berkapasiti 2000mAh sahaja. Selain itu, sistem keselamatan peranti dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Harga bagi peranti ini belum diumumkan oleh pihak LEAGOO.

You might also like