
Imej Bocor Peranti Flagship Alcatel – Idol 5s

Alcatel nampaknya ingin memperkenalkan model baru tidak lama lagi. Model flagship ini kemungkinan diberi nama Idol 5s, penggunaan nama S di hujung ini akan menggunakan paparan sebesar 5.2 inci berbanding 5.5 inci pada Idol 4 sebelum ini.
Perbezaan yang boleh dilihat pada kedua-dua peranti ini ialah bentuk speaker diubah tetapi masih mengekalkan fungsi stereo. Sebaliknya, di bahagian dalaman telah menerima perubahan perkakasan seperti cip pemproses MediaTek 6757, GPU Mali-T880, RAM 3GB dan storan 32GB. Lensa kamera belakang 12 megapiksel dan 8 megapiksel di bahagian depan dan tidak menggunakan sistem dwi-kamera.
Bagaimanapun, Alcatel belum mengesahkan apa-apa tentang Idol 5s ini. Adakah Malaysia akan menerima peranti ini? Kita nantikan…