Peranti Boleh Lipat Samsung Dijangka Muncul Dengan Nama – Galaxy Fold

Debarannya kian terasa, Samsung bakal mengadakan acara Galaxy Unpacked yang dijadualkan pada 21 Februari 2019 (jam 3 pagi waktu Malaysia). Selain barisan Galaxy S10, syarikat itu dijangka memperkenalkan peranti boleh lipat mereka pada acara tersebut.

Meskipun masih berahsia mengenai spesifikasi yang bakal disertaikan, namun timbul desas-desus mengatakan peranti tersebut bakal muncul dengan nama, Samsung Galaxy Fold. Perkara tersebut didedahkan melalui perkongsian @evleaks di laman Twitter miliknya.

Sama ada ia benar atau tidak, sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya kelak! Hmm..nampaknya Samsung mempunyai kejutan tersediri untuk kali ini. Apa pula kata anda?

____________________________________________________________________

Artikel Berkaitan : 

You might also like