

Peminat Samsung pastinya tidak sabar-sabar untuk menantikan kehadiran peranti terbaharu iaitu Samsung Galaxy S10. Justeru Shopee juga tidak mahu melepaskan kesempatan bagi meraikan kehadiran peranti ini di pasaran. Oleh itu, Shopee telah membuka daftar minat bagi peranti ini di laman sesawang mereka.
Justeru Shopee akan melaksanakan pra-tempahan bagi kempen Samsung Galaxy S10 ini. Pra-tempahan akan bermula dari 21 Februari. Pelbagai tawaran istimewa akan anda nikmati pada kempen pra-tempahan ini.

Bagi setiap tempahan, anda akan menerima RM100 cash back yang berupa Shopee coins. Apa yang lebih menarik, anda akan menerima telefon berkenaan pada hari pertama pelancaran di Malaysia. Jadi anda tidak perlu untuk menunggu lama bagi mendapatkan telefon tersebut.
Pada 21 Februari ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan tiga model Galaxy S10 iaitu Galaxy S10e, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10 Plus.
_______________________________
Baca juga:
- WhiteStone Dome Mendakwa Mereka Satu-Satunya Pelindung Skrin Serasi Dengan Samsung Galaxy S10
- Daftar Minat Samsung Galaxy S10 Telah Ditawarkan Di Lazada
- 3 Gajet Yang Boleh Digunakan Bersama Samsung Galaxy S10
- Warna Canary Yellow Eksklusif Untuk Samsung Galaxy S10e
- Pulau Sipadan Jadi Pilihan Rakaman Video Nada Dering Samsung Galaxy S10

