
Pada harga yang jauh lebih rendah, kamera aksi ViDi menawarkan rakaman berkualiti tinggi, setanding dengan jenama premium lain di pasaran. Selepas mencapai sasaran di dalam kempen Kickstarter dalam masa hanya sehari sahaja, peranti kamera aksi ekonomi ini kini sudah tiba di Malaysia dan Singapura. Ia kini boleh didapatkan melalui stor atas talian Lazada, 11street, kedai elektronik dan gajet seperti Radioshack, Machines, Epicentre dan Connect.
Kamera ViDi mampu merakam pada resolusi 1080p 30fps berdefinisi tinggi, dan dengan skrin LCD terbina di panel belakang peranti, anda boleh menonton video atau gambar anda sebaik sahaja rakaman atau tangkapan dilakukan, ini adalah satu fungsi yang pada kebiasaannya ditawarkan pada peranti yang mempunyai harga yang jauh lebih tinggi. Selain itu, dengan High Def CMOS, kamera ViDi membolehkan anda mendapatkan kualiti rakaman yang lebih baik di dalam keadaan yang mempunyai cahaya yang terhad.
Setiap kit ViDi akan hadir bersama:
- ViDi True 1080p HD Camera
- ViDi Waterproof Case
- Kad Micro SD 4GB
- Selfie Stick
- Kabel Micro-USB
- Bateri
Spesifikasi
Lensa | Ultra Wide-angle (140 degrees) |
Resolusi Imej | 12 megapiksel |
Resolusi Video | 1080P (30 frames/second) |
Mod | Rakaman video, gambar pegun, time-lapse, timer |
Skrin LCD | 1.5-inci |
Storan | Kad Micro SD (menyokong sehingga kapasiti 64GB) |
Dimensi | 67 X 40 X 30 mm |
Berat | kira-kira 57 grams |
Bateri | 700 mAh (90 minit masa operasi) |