
Pengguna pada masa kini amat mementingkan isi kandungan hiburan yang meliputi pelbagai sumber dan tanpa had. Menyedari perkara itu, kini Samsung menawarkan pakej pembelian berbaloi-baloi kepada mereka yang mendapatkan Samsung SMART TV.
Bagi setiap pembelian, anda boleh mendapatkan akses HyppTV Everywhere yang dibangunkan Samsung bersama-sama dengan TM. Aplikasi tersebut akan beroperasi atas sokongan sistem operasi Tizen yang digunakan SMART TV dan menawarkan 41 saluran HD dan pelbagai sumber saluran filem yang menghiburkan.
Anda bukan pengguna TM? Tidak perlu risau kerana Samsung menjamin bahawa tawaran ini terbuka kepada setiap pembeli SMART TV tidak kira anda pengguna TM sedia ada ataupun tidak.
Bermula dari 8 September 2016 sehingga 31 Oktober 2016, anda boleh mendapatkan mana-mana model SMART TV dari siri K5500 di pusat jualan Samsung dan menikmati akses percuma HyppTV Everywhere App selama 60 hari (bernilai RM 400). Bagi pengguna sedia ada TM, anda akan menikmati potongan harga istimewa sebanyak RM 100 bagi pembelian SMART TV.

