
Nokia 6, 5, Dan 3 Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Pada 30 Mei Depan
Peminat Nokia! Anda pasti sudah lama menunggu telefon pintar daripada jenama legend ini.
Nokia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tiga peranti di pasaran Malaysia pada 30 Mei ini. Sebelum ini, Nokia telah memperkenalkan kembalinya mereka dengan peranti Android di acara MWC 2017 pada Februari lalu.
Nokia 6 – Harga €229 (kira-kira RM1,100)
Nokia 6 akan dilengkapi dengan paparan jenis IPS LCD 1920 x 1080 bersaiz 5.5 inci. Cip pemproses menggunakan Snapdragon 430 lapan teras 1.4GHz dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat. Kelancaran Nokia 6 ini juga disokong oleh RAM sebesar 3GB dan storan sebanyak 32GB. Pada sudut lensa pula, kamera belakang menggunakan 16 Megapiksel dengan F/2.0 aperture PDAF dan dua LED flash. Sementara, kamera depan pula hadir dengan 8 Megapiksel dengan F/2.0 yang menyokong rakaman video HD penuh. Bateri pula dimuatkan sejumlah 3000mAh namun masih lagi menggunakan USB 2.0 yang tidak menyokong pengecasan pantas.
Nokia 5 – Harga €189 (kira-kira RM909)
Nokia 5 pula didatangkan dengan ciri-ciri seperti paparan jenis IPS LCD 1280 x 720 bersaiz 5.2 inci. Cip pemproses juga menggunakan Snapdragon 430 lapan teras 1.4GHz dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat. Ia juga disokong oleh 2GB RAM dan storan sebanyak 16GB disediakan. Pada bahagian kamera pula, ia menerima 13 Megapiksel F/2.0 aperture dengan dwi LED flash. Manakala, lensa 8 Megapiksel F/2.0 aperture pula hadir pada bahagian kamera depan. Nokia 5 dipadatkan dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan masih menggunakan USB 2.0.
Nokia 3 – Harga €139 (kira-kira RM668)
Akhir sekali Nokia 3 pula menerima paparan skrin jenis IPS LCD bersaiz 5 inci 1280 x 720p. Pemproses menerima MediaTek MT6737, sistem operasi Android 7.0 Nougat, RAM hanya 2GB dan saiz storan 16GB sahaja. Kamera belakang dan kamera depan mendapat 8 Megapiksel bersama aperture F/2.0 dibantu dengan satu LED flash. Semua ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 2650mAh.
Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 semuanya berada di spesifikasi pertengahan dengan harga agak berbaloi untuk dimiliki apabila mula dijual kelak.