LG Stylo 3 Plus – Paparan 5.7 Inci Dan Android Nougat Dilancarkan Di AS

LG baru sahaja melancarkan telefon pintar segmen pertengahan dengan mempertaruhkan model LG Stylo 3 Plus di pasaran Amerika Syarikat. Peranti ini hadir dengan paparan besar 5.7 inci bersama ekosistem Android 7.0 Nougat dikuasakan oleh set cip lapan teras Snapdragon 435. Memori yang dimasukkan pula menjadikan RAM sebanyak 2GB dan storan 32GB.

Kamera belakang dilengkapi dengan 13 Megapiksel dan di depan pula hanya 5 Megapiksel sahaja. Seperti kebiasaan telefon sebegini diberi bateri berkapasiti besar iaitu 3,080mAh dan sistem keselamatan pengimbas cap jari. Walaupun begitu, ia hadir dengan pen stylus LG bersama-sama.

Pengguna berharapan tinggi terhadap jenama LG ini, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak mendapat tempat di hati pengguna Malaysia. Jadi peratus untuk model ini menembusi pasaran Malaysia dilihat samar-samar.

You might also like