Redmi 8 Kini Tiba Di Pasaran Tempatan – Harga Jualan Bermula RM499!

Selepas siri Note 8, Xiaomi Malaysia kini muncul dengan sebuah lagi peranti baru keluaran mereka iaitu Redmi 8 – sebuah smartphone yang dipenuhi dengan pelbagai penambahbaikan baru termasuk bateri berkapasiti 5,000mAh.

Redmi 8 membawakan skrin bersaiz 6.22″ dengan rekaan bertakuk kecil pada paparan hadapan. Enjin dalaman peranti dijana oleh cip pemproses Snapdragon 439 dan dibantu RAM sehingga 4GB dan ROM sehingga 64GB. Untuk lebih kepuasan, ia boleh dikembangkan menggunakan kad microSD sehingga 512GB.

Untuk kamera, Redmi 8 membawakan dwi kamera utama dengan gabungan lensa 12MP + 2MP dan diiringi lensa selfie tunggal sebesar 8MP. Melengkapinya, sokongan pengimbas cap jari fizikal di belakang peranti. Lebih menarik, bateri peranti ini menyokong teknologi pengecasan pantas 18W menerusi USB-C.

Bagi yang berminat, Redmi 8 ditawarkan dalam dua varian iaitu 3GB + 32GB pada harga RM499 (ketersediaan bermula 18 Oktober 2019 menerusi Lazada, Shopee dan Authorised Mi Stores). Manakala untuk versi 4GB + 64GB berharga RM599 (ketersediaan bermula sekarang menerusi Lazada dan Shopee). Kedua-dua versi didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu Onyx Black, Sapphire Blue dan Ruby Red.

You might also like