
Huawei Mate 10 Pro Diperkenalkan – Skrin 6” OLED 18:9, Dwi Kamera Leica

Bukan satu model sahaja yang diperkenalkan, Huawei turut memperkenalkan model seterusnya iaitu Huawei Mate 10 Pro. Model ini dilihat lebih premium dengan kehadiran skirn hampir penuh di depan selain spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Huawei Mate 10.

Huawei Mate 10 Pro memiliki skrin FHD+ 2160 x 1080p dengan nisbah 18:9 yang memanjang. Skrin bersaiz 6 inci FullView Display ini menggunakan paparan OLED berteknologi HDR10 yang menawarkan pengalaman menonton yang lebih imersif.
Dengan kerjasama Leica, kamera belakang mendapat konfigurasi sensor 20 Megapiksel monochrome dan 12 Megapiksel RGB. Sensor RGB ini satu satunya yang membawakan ciri penstabilan imej optikal (OIS) dan kedua-dua sensor sedia dengan aperture sebesar f/1.6. Untuk berselfie pula, bahagian depan hadir dengan kamera 8 Megapiksel f/2.0.

Masih menyediakan pemproses Kirin 970, ia juga mendapat bekalan memori RAM 6GB serta ruang simpanan 128GB yang juga menyokong slot Hybrid untuk kad microSD. Sistem operasi Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 pula membolehkan pengguna melakukan multi-tasking dan Easy Projector di telefon pintar dan monitor secara serentak menggunakan sambungan USB Type-C.
Kerangka badan Mate 10 Pro direka berasaskan logam setebal 7.9mm malah ia menawarkan sokongan dwi SIM 4G LTE+ serta sistem speaker stereo. Ia juga lebih tahan lasak kerana diperkukuhkan dengan badan kalis air dan debu IP67. Bateri berkapsiti 4,000mAh juga lebih selamat untuk dicas kerana turut mendapat pengesahan dari TUV Safety Certified – pengecasan end-to-end paling selamat digunakan di dunia.

Ciri lain diperhebatkan dengan AI Accelarated Translator iaitu bantuan maya lebih kurang seperti Bixby dan Siri. Huawei Mate 10 Pro menyediakan pilihan warna dalam kemasan Midnight Blue, Titanium Gray, Pink Gold, dan Mocha Brown.
Setakat ini, harga dan pasaran untuk Huawei Mate 10 Pro belum diumumkan tetapi ia semestinya akan dibawa masuk sekali bersama Huawei Mate 10 kelak.

