Berita Baik! Realme Bakal Melanda Pasaran Malaysia Awal November 2018

Sub jenama OPPO iaitu Realme sebelum itu telah mengumumkan bahawa mereka akan memperluaskan penawaran di rantau asia tenggara, dan kini berita baik dikenalpastikan oleh pihak Realme di mana peranti pintar ini akan diperkenalkan di pasaran tempatan awal November 2018 ini.

Peranti Realme lebih memfokuskan pada generasi muda bergaya yang ingin mendapatkan peranti berprestasi tinggi di bawah harga berpatutan. Menggabungkan reka bentuk moden dengan spesifikasi yang kompetitif, tidak hairan ia berjaya mendapat sambutan hangat dari media antarabangsa.

Adakah Realme 2 yang akan dilancarkan?

Buat masa ini masih tidak diketahui model apa yang bakal dibawa masuk, seperti biasa ikuti laporan dari kami untuk maklumat yang seterusnya.

 

Baca Juga: Realme, Sub-jenama OPPO Sedia Memperluas Jejak Di Asia Tenggara

 

 

You might also like