
Sah! Pelancaran OnePlus 6T Sehari Lebih Awal – 29 Oktober 2018
Peminat OnePlus lihat sini, majlis pelancaran OnePlus yang dirancang pada 30 Oktober sebelum ini telah berubah dan kini pihak OnePlus mengesahkan pelancaran jatuh pada 29 Oktober 2018, iaitu sehari lebih awal.
Penukaran tarikh biasanya jarang berlaku apabila telah disahkan dan diumumkan secara rasmi kepada umum, tetapi kali ini OnePlus ada sebab mereka. Menurut apa yang dikongsikan oleh mereka, pada hari yang sama (30 Oktober) Apple akan mengumumkan iPad Pro dan MacBook baharu, justeru itu supaya tumpuan ramai tidak dibelah dua jadi keputusan muktamad adalah berubah ke sehari awal iaitu pada 29 Oktober.
Jadi, yang berminat menonton siaran langsung jangan silap tarikh tau…

