
Spesifikasi Utama realme X50 Pro 5G Dikongsi – Sokong Pemproses Snapdragon 865 & RAM Lebih Besar?
Terkejut & mengejut! Sedia maklum, realme bakal muncul dengan pewaris baru di pentas persidangan Mobile World Congress (MWC) pada akhir bulan ini – dan kini ia telah disahkan peranti tersebut adalah realme X50 Pro 5G!

Pengesahan ini diperoleh menerusi sebuah posting di laman Weibo – sekaligus mendedahkan beberapa spesifikasi utama. realme X50 Pro 5G yang muncul dengan nombor model RMX2071 – dikatakan bakal muncul dengan pemproses Snapdragon 865 dengan paduan sehingga 12GB RAM dan 256GB storan (atau lebih pilihan lagi..)
Ia juga dikatakan menjalankan Android 10 dengan antaramuka realme UI dan menyokong NFC serta dual SIM. Untuk paparan, ia bakal mempunyai rekaan berlubang pada penjuru kiri menempatkan kamera selfie. Panel paparan ini menyokong resolusi FHD+. Mesra diingatkan!

Selain daripada smartphone, realme juga bakal memperkenalkan televisyen pintar pertama mereka pada persidangan tersebut. So, stay tuned untuk lihat penawaran menarik daripada realme ini!

