Komputer Riba Nipis Daripada LG Bakal Hadir Ke Malaysia

1LG telah memperkenalkan komputer riba paling nipis pada awal tahun 2016, iaitu LG Gram 15 untuk pasaran antarabangsa. Terkini, LG Malaysia mempamerkan di Malaysia dan mengatakan ia bakal hadir di pasaran tempatan sekitar bulan Jun.

LG Gram 15 akan ditawarkan dalam dua variasi berbeza, iaitu Intel Core i5 dan juga Intel Core i7. LG Malaysia mengatakan versi asas akan ditawarkan pada harga sekitar RM4,500, sementara versi Core i7 dengan harga RM6,700. Buat masa ini, ia hanya sekadar harga anggaran sahaja dan harga jualan akhir akan diumumkan oleh LG kelak..

LG Gram 15 hadir dalam spesifikasi terkini, menawarkan paparan skrin berukuran 15.6 inci IPS beresolusi HD penuh, turut dikuasakan oleh cip Intel Core generasi ke-6 serta dilengkapi dengan port USB jenis-C. Komputer riba ini menyertakan memori sebanyak 8GB RAM serta menyokong memori dalaman SSD sebesar 512GB. Menampilkan rekaan berasaskan Magnesium Alloy, LG Gram 15 menawarkan masa penggunaan sehingga 7 jam tanpa henti.

Walaupun memfokuskan kepada kenipisan, pihak LG masih menyediakan papan kekunci penuh di samping turut melengkapkannya dengan numpad pada bahagian kanan papan kekunci.

11

You might also like