
Moto G4, Rekaan Pertama Dari Lenovo?
Satu maklumat telah bocor di sebuah laman sesawang dari Perancis berkenaan kehadiran Moto G4 yang bakal menggantikan generasi G (2015). Jika benar, ia adalah produk Motorola pertama yang dihasilkan di bawah jenama Lenovo. Siri pertama Moto G telah diperkenalkan pada November 2013, selepas itu setiap tahun generasi G akan diperkenalkan dengan spesifikasi yang dinaiktaraf sehingga ke model terbaru Moto G (2015).
Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan, bahagian belakang peranti ini masih mengekalkan penggambaran utama dan LED flash yang sama pada Moto G (2015). Namun, terdapat tambahan dua bulatan di atas kamera sepertinya sokongan auto fokus laser. Gambar bahagian hadapan juga dikongsikan yang seakan-akan Galaxy Nexus. Butang fizikal Home menyokong fungsi pengesan cap jari, manakala lubang yang terdapat di sebelah butang fizikal Home adalah mikrofon kedua. Namun begitu, Moto G4 kini tidak lagi menampilkan speaker stereo seperti versi sebelumnya.

