LeEco LeSee, Kereta Elektrik Pertama Dibangunkan Oleh Pengeluar Telefon Pintar

974
- Iklan -

LeEco atau lebih dikenali sebagai LeTV telahpun berjaya menarik perhatian banyak dengan kemunculan tiga model terbaru keluarannya yang telah dilancarkan baru-baru ini. Tidak cukup dengan itu, pengeluar telefon pintar berasaskan Android ini kelihatan semakin agresif dan membuat kejutan kepada peminat automobil apabila ia telah mengumumkan kehadiran kereta elektrik dengan pemanduan automatik keluarannya yang pertama.

5LeEco LeSee yang diperkenalkan dalam bentuk konsep ini sememangnya menampilkan rekaan futuristik yang mana roda stereng akan dilipat dan disimpan sebaik sahaja mod pemanduan automatik diaktifkan. Tambah LeEco lagi, LeSee berupaya mencapai kelajuan maksimum mencecah sehingga 130 batu sejam (209 km sejam). Buat masa ini tiada banyak maklumat berkaitan spesifikasi yang didedahkan, malah tiada sebarang pengumuman mengenai harga dan juga ketersediaan LeEco LeSee di pasaran.