
Ketirisan Imej Xiaomi Max Mula Kelihatan
Selepas ketirisan imej panel depan yang didakwa bakal digunakan pada model terbaru Xiaomi Max, kini satu lagi imej telah mula berlegar di Internet yang memberikan gambaran penuh reka bentuk Xiaomi Max! Berdasarkan kepada imej rendering tersebut, jelas dapat dilihat ia bakal menampilkan saiz bezel yang lebih nipis dan lebih menariknya ia bakal menyokong butang Home fizikal yang berkemungkinan besar turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari. Butang kuasa dan juga butang kawalan audio pula telah ditempatkan di sisi kanan kerangka.
Apa yang pasti, Xiaomi Max yang hadir dengan paparan skrin Quad HD berukuran 6.4 inci ini masih mengekalkan reka bentuk yang kelihatan mirip seperti model flagship keluaran Xiaomi iaitu Mi 5. Walau bagaimanapun, imej ini hanyalah sekadar rendering dan reka bentuk sebenar Xiaomi Max mungkin sedikit berbeza.

