
Hari ini, lebih sejuta pengguna Maxis di seluruh negara menerima SMS yang menyatakan bahawa mereka telah menerima naik taraf di dalam pelan mereka tanpa dikenakan caj tambahan. Sidang media eRing berada di Menara Maxis bagi mendapatkan liputan rasmi dari majlis pengumuman tersebut.

En. Morten Lundal (CEO Maxis) dan En. Dushyan (Consumer Business Maxis) memberikan penerangan dan informasi dengan mendalam tentang tambah baik pelan itu. Secara ringkasnya pengguna MaxisONE Plan telah dinaik taraf dan kini menikmati 5X lebih data dari sebelum ini. Naik taraf tersebut dinikmati lebih sejuta pengguna tanpa apa-apa caj dan ianya akan berkekalan selagi anda setia dengan pelan tersebut.
| Pelan | Data Internet Sebelum Naik Taraf | Data Internet Selepas Naik Taraf |
| MaxisONE 98 | 1 GB | 5 GB |
| MaxisONE 128 | 3 GB | 10 GB |
| MaxisONE 158 | 5 GB | 15 GB |
| MaxisONE 188 | 7 GB | 20 GB |
Selain itu, mereka juga memperkenalkan sistem data Internet terbaru yang dikenali sebagai DataPools. Ia adalah sistem data yang mengumpulkan kuota data dari beberapa talian dan membolehkan anda berkongsi data Internet tersebut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di dalam satu ekosistem talian.
Sebagai contoh, dengan MaxisONE Plan 188 anda boleh berkongsi sehingga 40GB data Internet melalui 5 talian berasingan dan juga menikmati tambahan 5GB data Internet untuk menonton servis Video On Demand melalui pembekal kandungan yang terpilih. DataPools juga boleh digunakan ketika anda melancong ke luar negara melalui servis roaming.


