
Retroduck – Mengubah iPhone Menjadi Seakan Televisyen CRT Klasik
Tidak dinafikan, pengguna iPhone mewah dengan aksesori yang ditawarkan oleh pengeluar. Terbaru, hadir sebuah aksesori yang boleh menukar iPhone anda menjadi televisyen klasik.
Bagi pemilik iPhone dengan paparan skrin 4.7 inci dan 5.5 inci, terdapat sebuah aksesori yang dikenali sebagai Retroduck perlu anda beli.
Kelihatan seperti sebuah televisyen era 70an, Retroduck menyediakan tempat khas untuk anda meletakkan iPhone dan kabel pengecas yang terletak di bahagian belakang supaya ia tidak kelihatan serabut.
Selain menonton video atau bermain permainan mudah alih, Retroduck juga sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menonton video memasak di dapur. Usah risau mengenai kualiti audio yang dihasilkan oleh peranti ini, kerana ia mampu menghasilkan audio 360 darjah yang sedap didengar.
https://www.youtube.com/watch?v=4tlXgNNukLo

