Maxis Bekerjasama Dengan YouTube Hasilkan Siri Filem 360° Malaysia Yang Pertama

Rojak360 1Maxis akan bekerjasama dengan YouTube dan pembikin filem terkemuka Malaysia untuk menghasilkan satu siri filem bertemakan Merdeka yang dirakam sepenuhnya menggunakan kamera 360° tercanggih.

Dengan siri filem yang pertama seumpamanya di negara ini, Maxis ingin memperkuasakan rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza. Melalui filem yang menggunakan kamera 360° yang berupaya menghasilkan video yang benar-benar menyeluruh, ia merupakan cara terbaik untuk memperlihatkan betapa hebatnya rangkaian Maxis 4G yang menawarkan pengalaman video yang lancar dan tanpa gangguan.

Rojak360 2Untuk menghasilkan siri filem 360° ini, pembikin filem telah mendapat inspirasi daripada kepelbagaian rakyat Malaysia dan akan berkongsi cerita yang menunjukkan bahawa walaupun negara ini terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza, rakyatnya masih boleh bersatu dan menerima perbezaan antara satu sama lain dengan harmoni. Malah Maxis dan YouTube juga menjemput pelajar dan orang ramai untuk menghantar filem Merdeka mereka sendiri yang mana berpeluang untuk ditayangkan bersama pembikin filem terkemuka ini.

Siri filem Maxis Rojak 360° akan mula ditayangkan di YouTube untuk tontonan kira-kira 15 juta penonton mulai 25 Ogos sempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke-59 yang bertemakan slogan ‘Sehati, Sejiwa’.

 

You might also like