
Berita Bocor : GoPro 5
Satu video berdurasi 9 saat memperlihatkan fungsi GoPro 5 telah dimuat naik ke Internet. Menurut sumber, video tersebut telah diambil dari fail APK aplikasi GoPro untuk Android, lantas mengesahkan kesahihan video tersebut. Walaupun begitu, GoPro masih belum mengemukakan sebarang komen berkenaan video tersebut.
Berdasarkan video, GoPro 5 akan hadir tanpa sambungan peranti ketiga. Selain itu nampaknya GoPro sedang menghala ke arah peranti aksi kamera dengan skrin sentuh dan juga kalis air. Apa-apa pun kita tunggu sehingga ia diumumkan kelak.
Buat masa kini pasaran kamera aksi semakin sesak dengan beberapa jenama mula menghasilkan produk tersebut. Paling terbaru adalah Yi 4K dari Xiaomi, yang mempunyai kebolehan yang setanding dengan barisan kamera GoPro, malah ia dijual pada harga yang jauh lebih rendah. Adakah GoPro mampu bertahan dalam persaingan yang semakin sengit ini?

