

Digi sangat komited dalam memperluaskan rangkaian mereka di serata negeri. Hari ini Digi dan Telenor Group salah sebuah syarikat telco terbesar Eropah dan Asia berkempen di jalan-jalan utama di beberapa tempat seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kuching, dan Kota Kinabalu untuk bertemu orang ramai.
Pasukan yang diketuai Albern Murty, Ketua Pegawai Eksekutif Digi dan diikuti wakil dari Telenor berjalan di depan salah sebuah pusat membeli-belah terkenal di Jalan Bukit Bintang menyeru supaya netizen membuat pilihan yang terbaik dalam memilih syarikat telco. Mereka juga turut mengumumkan talian Digi kini semakin stabil dan kukuh menerusi spektrum 900MHz yang menggunakan rangkaian 4G LTE.
Baca juga : Pengguna Digi Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Dalam Peraduan Digi Menang Bersama
Pelanggan Digi kini boleh menikmati pengalaman internet dengan lebih pantas tidak kira di dalam atau di luar bangunan. Di samping itu, kempen ini dijalankan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya internet kepada ibu bapa ataupun kanak-kanak malah menggunakan perkhidmatan Digi, keselamatan semasa melayari internet akan lebih terjamin.
Bagi pandangan kami, Digi antara telco yang begitu komited dalam menaik taraf rangkaian mereka, ini selaras dengan seruan kerajaan yang kini menitik beratkan rangkaian telekomunikasi di setiap pelusuk negeri.

