

Kami pasti anda diluar sana tidak sabar bukan menantikan kemunculan iPhone 8 di Malaysia? Oleh itu, 11street hari ini membuka sesi pra-tempahan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pada harga bermula RM3,649.
Bukan itu sahaja, setiap pra-tempahan akan membawa pulang hadiah bernilai RM200 secara percuma. Peranti yang dibeli pula akan diberikan jaminan satu (1) tahun dari Apple Malaysia. 11Street menawarkan empat varian terdiri daripada iPhone 8 64GB, iPhone 8 256GB, iPhone 8 Plus 64GB, dan iPhone 8 Plus 256GB dalam tiga pilihan warna iaitu Silver, Gold, dan Space Grey.

Harga untuk iPhone 8 64GB ialah RM3,649 manakala untuk varian teratas iPhone 8 Plus 256GB, ia dijual dengan tanda harga RM4,149 termasuk GST. Hadiah untuk pembelian ini mengandungi 1xRemax Lesu (RM19), 1xKJD Tempered Glass (RM69), 1xCager Powerbank 6,000mAh (RM63), dan 1xKJD Back case (RM49). Sesi Pra-tempah dibuka hari ini dengan stok yang terhad dan penghantaran peranti akan bermula pada 30 Oktober depan.
Pada masa sama, pihak Apple Malaysia masih belum lagi mengumumkan ketersediaan peranti ini di pasaran Malaysia malah, harga jualan juga turut tidak dinyatakan.

