

Tidak sabar untuk berbelanja ketika musim percutian ini? Jadi apa tunggu lagi, terus pergi ke Huawei Online Store dan lakukan pra tempahan telefon terbaharu anda Huawei Y Max pada harga RM1299 sahaja bermula 10 sehingga 12 Disember.
Anda juga akan menerima Huawei A2 Band, Huawei AM116 Earphone dan Huawei Y Max Flip Cover secara percuma bagi setiap pra tempahan secara atas talian.
Telefon terbaharu daripada Huawei ini, Huawei Y Max didatangkan dengan 7.12 inci paparan FullView yang akan memberikan paparan visual yang menakjubkan. Ia turut disertakan dengan Dolby Atmos® sound system, yang didatangkan dengan dwi speaker bagi memberikan bunyi yang menakjubkan ketika menonton video, mendengar lagu dan bermain permainan mudah alih.

Peranti ini juga dibina dengan 4GB RAM bagi memberikan prestasi yang responsif dan berkuasa. Memori sebesar 128GB dan boleh dikembangankan sehingga 256 melalui sokongan micro SD yang pastinya memberikan anda ruang yang lebih untuk menyimpan lebih banyak aplikasi, gambar, video dan muzik.
Disebabkan telefon ini dibina untuk mencapai kepuasan hiburan yang maksima, ia turut didatangkan dengan bateri 5000 mAh dengan Qualcomm’s Snapdragon octa-core processor yang membenarkan smart power-saving technology. JAdi pengalaman bermain permainan mudah alih atau menonton video akan lebih lancar tanpa gangguan.

Dari segi rekaannya pula, peranti ini ini didatang kan dengan potongan bahagian belakang dengan laser berskala nano. Bahagian belakang adalah sangat lembut dan selesa seperti menyentuh kulit yang lembut.
Dalam pada itu, ia disertakan dengan 16 MP and 2 MP bagi kamera di bahagian belakang yang disertakan sengan AI pintar yang mampu mengesan 22 kategori imej dan lebih daripada 500 scene. Ia juga berkemampuan untuk memasimakan shooting mode dan menghasilkan gambar yang cantik.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Huawei
atau laman Facebook Huawei .
Baca juga:

