- Iklan -

Huawei Tawar Promosi “Kaw Kaw Melampau” Sempena Jualan 12.12!

- Iklan -

Bersempena dengan jualan mega 12.12, Huawei tidak ketinggalan mengumumkan sebilangan tawaran hebat khas buat anda semua! Kesemua tawaran bermula HARI INI hingga 12 Disember depan. Antaranya seperti berikut:

  • Slash Deals

Huawei menawarkan diskaun sehingga 40% pada item dan aksesori terpilih menerusi Slash Deals yang akan berlangsung setiap hari bermula HARI INI hingga 12 Disember pada jam 12 tengah hari.

  • Ganjaran Perkongsian Jenama

Pelanggan Viu.com layak menerima baucar rebat sebanyak RM450 untuk setiap pembelian Huawei Nova 3 atau Huawei P20 Pro. Manakala, pengguna Nova 3 dan P20 Pro pula akan diberi ganjaran hebat iaitu langganan Viu secara percuma selama 6 bulan. Hanya log masuk ke App VIU untuk menebus kod promo.

  • Pra-tempahan Huawei Y Max Dibuka

Pra-tempahan eksklusif untuk Huawei Y Max juga telah dibuka sepanjang tempoh tawaran berlangsung dan ia dijual pada harga RM 1,299 seunit. Bagi berminat, tempahan boleh dibuat menerusi kedai atas talian, Huawei Official Store dan LazadaSetiap tempahan, pelanggan akan menerima pelbagai hadiah menarik termasuk fon telinga Huawei AM116, Gelang Pintar Huawei Band A2, sarung pelindung boleh lipat Y Max dan beg kanvas edisi Huawei X’mas.

  • Gamers, Gear Up!

Setiap pembelian Huawei Mate 20X, MediaPad M5 Pro, MateBook X Pro dan Y Max akan didatangkan dengan sejumlah hadiah percuma seperti baucar rebat, tripod dan M-Pen. Tawaran ini hanya berlangsung SEHARI SAHAJA iaitu pada 12 Disember 2018.

Lebih mengujakan, Huawei dengan kerjasama Benefit bakal mengadakan bengkel kecantikan yang dibuat khas untuk pengguna Nova. Bengkel ini akan berlangsung di Huawei Experience Store, Pavilion Elite (aras 5) pada 14 Disember depan.

Tidak ketinggalan, Huawei turut menawarkan diskaun sehingga 20% untuk semua aksesori keluaran mereka sepanjang tempoh tawaran berlangsung. Jadi jangan lepas peluang ini!

- Iklan -

You might also like