Alcatel 1 & Alcatel 5V Terima Promosi Pada Jualan 12.12 – Harga Bermula RM99

1754
- Iklan -

Bersempena dengan jualan 12.12, banyak pengeluar telefon pintar yang berlumba-lumba menawarkan potongan harga runtuh untuk sebilangan produk keluaran mereka termasuklah, Alcatel.

Pada tahun ini, Alcatel telah menawarkan diskaun harga jualan melibatkan dua model telefon pintar mereka iaitu Alcatel 1 dan Alcatel 5V pada harga bermula RM 99 sahaja!

Alcatel 1 kini boleh didapati pada harga RM 99 (berbanding harga asal : RM 289) Manakala, Alcatel 5V pula kini dijual pada tanda harga RM 399 (harga asal : RM 898).

Pelanggan yang membeli Alvatel 1 akan menerima pelindung skrin berserta sarung. Manakala, mereka yang membeli Alcatel 5V pula akan menerima pelindung skrin, sarung dan kotak hadiah misteri.

Promosi bermula 12 Disember 2018 pada jam 12 pagi dan pembelian boleh dibuat di kedai atas talian, 11 street. Ketersediaan adalah terhad. First comes, first serve! Maklumat lanjut, sila klik SINI.