- Iklan -

Reka Bentuk Telefon Pintar Boleh Lipat OPPO Diluluskan?

Era telefon pintar dengan rekaan paparan boleh lipat kini semakin hampir. Malah ‘kegilaan’ trend tersebut semakin menjadi-jadi apabila banyak pengeluar telefon pintar yang berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar dengan rekaan tersebut termasuklah, OPPO.

Baca juga : 

Menurut sumber, OPPO telah menfailkan reka bentuk telefon lipat versi mereka sendiri ke pejabat SIPO di China. Ianya telah diserahkan pada September lalu dan telah diluluskan pada 13 November lepas.

Sumber berkata, reka bentuk telefon lipat OPPO termasuk dalam empat variasi. Keempat-empat variasi reka bentuk dilihat mempunyai perbezaan dari segi kedudukan kamera namun, bentuk dan saiz masih kekal sama.

Memetik sumber lagi, telefon pintar keluaran OPPO mempunyai paparan fleksibel yang besar dan ianya boleh digunakan sebaik sahaja telefon dibentangkan. Tetapi, maklumat mengenai saiz paparannya masih belum diketahui.

Agak-agak, variasi mana satu yang akan muncul di pasaran kelak? Pun begitu, senarai maklumat berikut hanyalah ‘rumors’ sahaja dan permohonan pattern bukanlah bermaksud pengesahan sebenar. Apa-apapun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil ~

[SUMBER], [SUMBER 1], [SUMBER 2]

You might also like