Peach Cloud & Blue Mist, Dua Warna Baru Siri Samsung Galaxy A (2017)

Samsung Malaysia telah mengumumkan dua warna baru untuk siri Samsung Galaxy A (2017). Warna Peach Cloud dan Blue Mist ini terdapat pada model Galaxy A5 (2017) dan juga Galaxy A7 (2017).

Galaxy A5 Blue Mist
Galaxy A5 Peach Cloud

Siri Galaxy A (2017) menawarkan paparan AMOLED Full HD 5.7-inci (A7) dan 5.2 inci (A5) untuk hiburan tanpa henti. Kualiti Full HD pada paaran jenis AMOLED akan memberikan kualiti paparan terbaik untuk anda berhibur.

Kedua-dua model ini juga dikelaskan sebagai IP68 di mana ia kalis debu dan cecair. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk membawa peranti ini ke mana sahaja anda pergi dan dalam apa jua aktiviti yang anda lakukan.

Galaxy A7 Blue Mist
Galaxy A7 Peach Cloud

Galaxy A Series (2017) tidak kurang hebatnya dari segi optikal. Kamera hadapan dan belakang dilengkapi sensor 16MP dengan f/1.9 membolehkan anda menangkap gambar yang berkualiti dan masih mampu beroperasi dengan baik walaupun anda menangkap gambar di dalam kawasan yang gelap.

Dengan semua ciri-ciri ini dan banyak lagi, siri Galaxy A Series (2017) merupakan salah satu pilihan yang baik untuk anda dapatkan. Samsung Galaxy A7 (2017) dijual pada harga RM1,899, manakala Galaxy A5 (2017) pada harga RM1,699.

You might also like