
Command & Conquer Remastered Bakal Menggunakan Suara Pelakon Asal Bagi Watak EVA!!!
Kaki game pasti teruja dengan berita ini apabila Command & Conquer Remastered bakal menerima kemaskini ringkas yang mana suara bagi Electronic Video Agent ataupun EVA bakal menggunakan suara pelakon suara yang asal iaitu Kia Huntzinger.

Buat yang tidak mengetahui EVA adalah AI yang membantu pemain dengan memberikan informasi kepada mereka.
Menurut EA, Huntzinger akan merakam semula dialog yang digunakan dalam permainan ini yang mana dalam kualiti yang lebih baik.

Buat yang tidak mengetahui, Command & Conquer Remastered dibangunkan oleh Petroglyph Studio. Namun tiada sebarang tarikh pengeluaran yang pasti mengenai permainan ini.
___________________________________
Artikel Berkaitan:

