
[Ura- Ura ] : Panel Belakang HUAWEI Mate 30 Pro Tertiris – Rekaan Kamera Utama Berbentuk Bulat?
Babak-babak penuh dengan kejutan! Media sosial kini dibanjiri dengan imej tersebar didakwa memaparkan sebuah lapisan kaca yang mendedahkan binaan panel belakang HUAWEI Mate 30 Pro.

Memang agak mengejutkan apabila imej tersebut menunjukkan HUAWEI Mate 30 Pro dijangka menyertakan rekaan kamera utama berbentuk bulat – dipercayaI hadir dengan sokongan empat kamera dan turut disertakan LED Flash pada bawah kamera.
Jika diteliti, masih terdapat penjemaan ‘Leica’ pada lapisan tersebut sekaligus memberi petanda bahawa HUAWEI dan syarikat Jerman tersebut sekali lagi bakal bekerjasama dalam pembangunan kamera.

Pun begitu, imej tertiris masih lagi ‘rumors’ dan belum dipastikan kesahihannya. Apa agaknya kejutan besar HUAWEI untuk kali ini? Sama-sama kita nantikan dan kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut.
[SUMBER], [SUMBER 1] , [SUMBER 2]