
Samsung Galaxy A50 Kini Menerima Sokongan Fungsi Slow-Mo Dan Mod Malam?
Jenama terkemuka Samsung sentiasa memberikan yang terbaik bagi setiap perantinya. Terbaharu, model Samsung Galaxy A50 bakal ditambah baik dengan menawarkan sokongan rakaman video slo-mo dan mod malam.

Dalam 1 tweet yang dimuat naik oleh seorang pengguna telah menyatakan bahawa beliau telah menerima kemas kini tersebut pada bulan Jun lalu. Walaubagaimanapun, aplikasi kamera perlu di reset agar fungsi baharu ini dapat digunakan.
Peranti ini pastinya sebuah peranti yang sangat baik. Dihadirkan dengan paparan bersaiz 6.4 inci Super AMOLED FHD+ memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. Spesifikasi dalamannya juga menakjubkan apabila ia tampil dengan cip Exynos 9610 dan dihadirkan dengan 6GB RAM dan 128GB storan.

Kamera juga menakjubkan apabila disertakan dengan 25MP f/1.7 + 8MP (ultralebar) + 5MP (depth) dan kamera hadapan 25MP f/2.0. Kapasiti bateri juga besar apabila dihadirkan dengan 4000mAh. Peranti ini dijual pada harga RM1199.
Fungsi ini kini ditawarkan bagi beberapa pengguna India dan akan diedarkan secara berperingkat kepada pengguna lain. Jadi sama-sama kita nantikan!

