
[TERTIRIS] : Gambaran Reka Bentuk Samsung Galaxy Watch Active 2 Muncul Di Media Sosial?
Kemunculan Samsung Galaxy Watch sebelum ini ternyata menarik perhatian sekaligus ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memiliki jam pintar tersebut. Ekoran sambutan menggalakkan itu, kini muncul pula berita ketirisan mengenai Samsung Galaxy Watch Active 2.
Lebih mengejutkan, reka bentuk jam pintar tersebut kini dikatakan telah muncul di arena web. Memetik sumber, Samsung Galaxy Watch Active 2 didakwa disertakan dengan rekaan yang lebih kemas dan menarik. Ia juga didakwa ditawarkan dalam dua saiz berbeza iaitu 40mm dan 44mm. Selain itu, terlihat gelang berwarna merah pada butang kuasa sekaligus menjadinya sedikit berbeza berbanding model sedia ada.
Pun begitu, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan masih tidak diketahui mengenai kesahihannya. Siapa tahu mungkin kita bakal melihat kemunculan jam pintar ini ketika pelancaran Samsung Galaxy Note 10 yang dijadualkan pada Ogos kelak? Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]