
Mungkin ada segelintir di luar sana masih mencari-cari smartphone manakah yang sesuai untuk memainkan permainan mudah alih. Lebih-lebih lagi, pengguna di Malaysia ini amat gemar akan permainan Mobile Legends yang sekarang ini telah menjadi trending semasa. Dalam kesempatan ini, Honor Malaysia dengan rasminya membawakan Honor 8 Pro untuk pasaran tempatan.
Honor 8 Pro yang ditala khusus untuk permainan mudah alih menawarkan gaming tanpa henti selama 6 jam dengan sekali pengecasan. Bateri yang berkapasiti 4,000mAh ini dilengkapi dengan teknologi SmartPower 5.0 untuk memberikan jangka hayat bateri yang tahan lebih lama. Peranti ini akan memberikan penggunaan secara purata selama dua hari untuk kegunaan biasa, sementara hampir satu hari setengah untuk pengguna yang hardcore.
Paparan bersaiz 5.7 inci Quad HD dengan resolusi 2K ini menggunakan teknologi DCI-p3 sama seperti paparan pada kebanyakan telefon pintar high-end yang lain, ia juga memberikan warna yang lebih tepat dan jitu. Dalam masa sama, pengguna juga boleh menggandingkan Honor 8 Pro bersama alat VR 360º yang ada di pasaran menggunakan aplikasi Jaunt VR.
Kelengkapan dwi kamera bukan lagi ciri baru yang ditampilkan dalam siri Honor. Bagaimanapun, sensor yang diterapkan telah dinaik taraf dengan lensa 12 Megapiksel berkembar (Monochrome dan RGB) setiap satunya dibantu fungsi AutoFocus, Laser Focus dan Contrast Focus. Rakaman menjadi lebih jelas dengan kehadiran aperture serendah f/0.95 dan f/16 lebih kurang sama diguna pakai pada kamera jenis DSLR.
Kekuatan dalaman dibekalkan dengan cip pemproses HiSilicon Kirin 960 dan Android 7.0 Nougat serta sistem antaramuka EMUI 5.1, menjadikan ia sebuah telefon pintar yang berkuasa dan berprestasi tinggi. Dari segi memori pula, RAM sebanyak 6GB dan storan seluas 64GB telah dimasukkan bersam-sama. Bagi pengguna yang masih merasakan ruangan storan yang tidak mencukupi, Honor 8 Pro menyediakan slot kad microSD yang menyokong sehingga 128GB.
Kesemua perkakasan dan ciri menarik ini menjadikan Honor 8 Pro dijual pada harga RM1,999 sebuah. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya di laman e-dagang VMall bermula hari ini. Manakala, kepada yang lebih berminat untuk membeli secara terus, boleh kunjungi kedai-kedai Honor yang sah bermula 12 Julai depan.
100 pelanggan pertama akan membawa pulang sebuah powerbank bernilai RM128 dengan syarat, beli Honor 8 Pro di V-Mall dan kongsi gambar pembelian di Facebook seterusnya layak untuk menebus hadiah.

