Samsung Galaxy S8 Menawarkan Sarung Peranti Edisi Terhad – EXO

Bukan sahaja rancangan televisyen menjadi rebutan semasa berada di ruang tamu rumah, malah gaya dan fesyen K-Pop juga telah menjadi ikutan kepada ramai golongan muda di Malaysia ini.

Memandangkan fenomena K-Pop masih lagi belum berakhir, Samsung Malaysia Electronics (SME) menawarkan hadiah menarik kepada peminat-peminat K-Pop di Malaysia bermula pada 13 Julai sehingga 16 Julai depan.

Bagi mendapatkan hadiah menarik yang merupakan sebuah sarung pelindung edisi terhad EXO (selagi stok masih ada), anda perlu menjadi 500 pelanggan pertama terlebih dahulu yang membeli Samsung Galaxy S8 (RM3,299) di South Court, Mid Valley Megamall.

Jika EXO menjadi idola anda, perlu anda lepaskan peluang ini??

You might also like