
LG Mengumumkan Barisan Siri Q Terbaru – Q6, Q6+ & Q6α
Memandangkan pengeluar telefon pintar kini bersaing menawarkan produk mereka dengan harga yang rendah, maka, LG baru-baru ini telah memperkenalkan keluarga baru iaitu siri Q secara rasmi. Kesemua model siri Q ini adalah kelas pertengahan yang menggunakan teknologi paparan “FullVision” dan ciri-ciri premium dengan tawaran harga yang lebih kompetitif.
Barisan siri Q ini mewakili LG Q6 yang berada di tengah di antara model LG Q6+ di atas dan LG Q6α di bawah. Model-model kesemua ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 5.5 inci FullVision FHD+ beresolusi 2160 x 1080p (~442ppi) serta nadi kuasa dari cip Qualcomm Snapdragon 435. Manakala tenaga yang disalurkan pula, berpunca dari bateri berkapasiti 3,000mAh.
Kamera belakang dibekalkan dengan sensor 13 Megapiksel, sementara lensa sudut lebar 100 darjah 5 Megapiksel pula dipadankan di bahagian depan. Sambungan yang disokong oleh ketiga-tiga peranti ini menyediakan fungsi Wi-Fi 802.11n, Bluetooth v4.2 dan pengecaman wajah untuk sistem keselamatan.
Ketersedian LG Q6, Q6+ dan Q6α mula menjengah pasaran Asia pada bulan Ogos ini diikuti Eropah, Amerika Latin dan Amerika utara.
- LG Q6α – RAM 2GB / ROM 16GB (Astro Black / Ice Platinum / Terra Gold)
- LG Q6 – RAM 3GB / ROM 32GB (Astro Black / Ice Platinum / Mystic White / Terra Gold)
- LG Q6+ – RAM 4GB / ROM 64GB (Astro Black / Ice Platinum / Marine Blue)
Pihak LG masih belum menyatakan tanda harga buat masa ini. Kemungkinan mereka ingin buat kejutan kepada anda semua. Mungkin di bawah RM1,000??

