
“SUPERDART” – Tanda Dagang Untuk Teknologi Pengecasan Baru realme?
Terus menjadi yang terbaik daripada semua yang terbaik, realme kini dilaporkan kini telah memfailkan permohonan tanda dagangan untuk teknologi pengecasan pantasnya – dengan tanda dagang SUPERDART. Bagi mengukuhkan lagi spekulasi tersebut ialah logo tanda dagang jelas menunjukkan ia berkaitan dengan pengecasan pantas.

Walaubagaimanapun, maklumat lanjut mengenainya masih belum dikongsi buat masa ini. Namun, kita pasti boleh harapkan sesuatu yang luar biasa daripada realme untuk kali ini. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
[SUMBER]

