
Withings Steel HR, Jam Pintar Klasik Dari Nokia!
Wow~ nampaknya Nokia perlahan-lahan merangka comeback mereka dalam dunia gajet dan teknologi. Melalui syarikat Withings yang telah diambil alih oleh mereka, Nokia kini melancarkan sebuah jam tangan pintar Steel HR sesuai buat mereka yang mahukan fungsi teknologi tapi masih mahu mengekalkan estetik rekaan jam tangan yang tradisional.
Reka bentuk jam ini jelas meneruskan tradisi Withings yang sentiasa menghasilkan peranti jam tangan pintar yang mempunyai rekaan klasik. Ia mampu berfungsi sebagai penjejak kesihatan dan aktiviti anda, selain menolak informasi dan notifikasi kepada samrtphone anda, Steel HR juga mampu menunjukkan matlamat dan pencapaian semasa kesihatan/aktiviti anda. Satu lagi fungsi yang ditawarkan adalah pengesan kadar degupan jantung, secara ringkasnya jam tangan ini mempunyai fungsi asas sebuah fitness tracker.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan jam tangan ini, ia akan mula dijual sekitar Oktober 2016. Dua variasi ditawarkan iaitu 36mm pada harga USD 179.95 (kira-kira RM736) dan 40mm pada harag USD 199.95 (kira-kira RM818).

