
Korang mesti tak rugi kalau nak sertai #UnlimitedSalam yang dianjurkan oleh U mobile sebagai salah satu aktiviti yang boleh dilakukan dalam menyambut Hari Raya.

Rakyat Malaysia boleh mengambil video mereka sedang bersalaman dan post di Instagram dengan tanda pagar #UnlimitedSalam challenge yang turut menampilkan artis terkenal seperti Yuna, rapper Airliftz, singer-songwriter Bil Musa, skateboarder Pa’din Musa dan banyak lagi.

Cabaran ini berlangsung dari 11 Mei sehingga 26 Mei yang mana pememang bertuah akan berpeluang memenangi U Mobile x Tiffin Samplers.

Jadi tunggu apa lagi guys!!! Cuba la sekarang!!

