Razer Lancar Razer Viper Ultimate – Pamer Prestasi Memukau Dengan Suis Optikal!

Jenama gaming terkemuka, Razer kini telah melancarkan tetikus tanpa wayar yang dikenali sebagai Razer Viper Ultimate bagi kawalan gaming lebih baik. Ia turut dihadirkan dengan suis optikal yang mampu mengesan input dalam masa 0.2 ms telah diuji 70 juta kali.

Prestasi tetikus ini memang terbaik apabila ia mempunyai tahap kejituan 20,000 DPI dan mampu mengesan pecutan sehingga 650 inci sesaat. Ekoran daripada teknologi Hyperspeed, menyebabkan tetikus ini lebih pantas sebanyak 25% berbanding tetikus yang lain.

Ia turut menerima sokongan Razer Chroma dan Synapse. Bagi membolehkan kawalan lebih mudah, sebanyak 8 butang makro dihadirkan di dalam permainan MMORPG. Ia juga mampu bertahan lama apabila menerusi sekali cas, ia mampu bertahan sehingga 70 jam.

Tetikus ini bakal dijual pada harga $130 (kira -kira RM544).

Beli Perati Razer Di Sini:

___________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like