

Di atas kejayaan festival beli-belah 11.11 pada bulan lepas, e-dagang gedung atas talian Tmall sekali lagi melancarkan penjualan ‘Double 12’ (12.12) sempena musim perayaan ini.
Menerusi aplikasi Taobao, Tmall menawarkan pelbagai diskaun menarik untuk pengguna di Malaysia seperti barangan seperti fesyen, aksesori wanita, peralatan rumah, dan berbagai lagi. Jualan diskaun menarik ini telah berlansung selama tiga hari bermula 10 Disember sehingga acara kemuncak pada pada 12 Disember 2017 (Selasa) ini.
Barangan yang dijual di dalam Taobao adalah 100% dari China dan setiap barangan diletakkan tanda harga dalam mata wang China iaitu RMB. Jika anda berminat untuk membeli, pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit e-perbankan Malaysia. Malahan, anda juga ditawarkan cashback (pulangan tunai) sebanyak RM20 jika pembelian dibuat melebihi RM200 melalui Taobao. Menangi juga kotak misteri Santa dengan pembelian bernilai RM12 melalui aplikasi Taobao.
Pengguna juga boleh berkunjung ke TownPark, MyTOWN Shopping Centre untuk pelbagai aktiviti menarik dan berpeluang untuk menyertai ‘Lucky Secret Santa Box’ yang berlangsung pada pukul 1.30 petang dan 3.30 petang setiap hari. Tunggu apa lagi, jangan lupa tandakan kalendar anda sekarang!

