ASUS Zenfone 3 Laser Telah Menerima Android 7.1.1

Minggu ini ASUS nampaknya sedang mengeluarkan kemas kini kepada telefon pintar di bawah keluarga ZenFone 3, jika semalam peranti ZenFone 3 Zoom, hari ini ZenFone 3 Laser pula mengambil tempat. Kemas kini versi V30.41.12.1 membawakan Android 7.1.1 Nougat boleh dimuat turun jika anda salah seorang daripada pemegang ZenFone 3 Laser (ZC551KL).

Apa yang boleh dikatakan ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan di dalam kemas kini ini tidak diberitahu begitu jelas. Jika anda ingin melakukannya melalui dalam telefon atau OTA , ia hanya boleh dimuat turun dalam masa seminggu lagi.

Untuk melakukan kemas kini secara manual sila pergi ke halaman Settings → About → System Update.

You might also like