
Peranti Kelas Pertengahan Gionee X1 Diumumkan

Gionee syarikat yang berasal dari China baru sahaja mengumumkan sebuah telefon pintar Gionee X1 untuk pasaran India. Peranti dengan spesifikasi pertengahan ini didatangkan dengan pilihan warna Hitam dan Emas pada harga INR8,999 (RM601) sebuah.
Gionee X1 memiliki skrin 5 inci dan paparan 1280x720p turut dikuasakan oleh set cip MediaTek MT6737. Bateri dengan bekalan kuasa 3,000mAh juga membantu memori 2GB RAM dan 16GB storan untuk beroperasi. Selain itu, ia juga menyediakan satu slot kad microSD dan dua slot kad SIM.

Bagi melengkapkan fungsi sebuah telefon pintar, dua sensor kamera 8 Megapiksel telah diletakkan di bahagian depan dan belakang peranti. Bagi mempromosikan Gionee X1, setiap pelanggan telco Airtel (India) akan diberikan data internet bulanan sebanyak 10GB selama enam bulan berturut-turut. Walaubagaimanapun, setakat ini Gionee masih belum menyatakan ketersediaan model ini di pasaran lain termasuk Malaysia.

