
Top 10 Aplikasi & Permainan Mengikut Kategori Yang Paling Banyak Dimuat Turun Tahun 2019
Selamat Tahun Baru 2020! Pasaran peranti mudah alih tetap meriah dengan kehadiran peranti baharu bersama teknologi terkini. Bagi aplikasi dan permainan mudah alih, Apptopia baru-baru ini telah berkongsi senarai top 10 aplikasi dan permainan yang paling banyak dimuat turun tahun 2019 mengikut kategori.
Sebut sahaja permainan mudah alih, ramai yang akan fikirkan PUBG Mobile atau Call Of Duty: Mobile, tetapi kedua-dua permainan hangat ini hanya berada di kedudukan ke-9 dan ke-10. Sebaliknya Garena Free Fire menjadi permainan paling banyak dimuat turun dengan 266.9 juta kali dalam tahun 2019, diikuti dengan Subway Suffers dan Color Bump 3D.
Bagi kategori Social/Messaging, aplikasi WhatsApp mencatat sebanyak 759.4 juta kali berada di kedudukan pertama, diikuti TikTok dan Messenger. Entertainment pula YouTube hanya berada di kedudukan ke-2, yang pertama adalah Netflix dengan bilangan muat turun sebanyak 236.6 juta kali.
Ingin ketahui lebih banyak lagi, boleh rujuk senarai penuh di bawah:


