
Anugerah Tahunan AnTuTu: SoC Terbaik Tahun 2019
Pada tahun 2019, pasaran peranti mudah alih lebih memfokuskan pada rangkaian 5G, sistem pengecasan pantas, paparan skrin kadar segar semula dan konfigurasi kamera yang semakin hebat. Namun, untuk mencapai prestasi yang lebih mantap komponen elektronik tetap tidak boleh diabaikan, seperti SoC (System-on-chip).
Antutu baru-baru ini telah mengumumkan anugerah tahunan bagi SoC yang berprestasi tinggi sepanjang tahun 2019, mengikut kategori bagi peranti Android yang telah dipasarkan di pasaran.
Strongest Performance: Qualcomm Snapdragon 855 Plus

Technology Innovation Award: Huawei Kirin 990 5G / Samsung Exynos 980 / Qualcomm Snapdragon 765G / Dimensity 1000L

Most cost-effective award: Huawei Kirin 810 / MediaTek Helio G90T

Susulan rangkaian 5G yang akan dikembangkan di Malaysia pada tahun 2020, dipercayai peranti pintar yang bakal dilancarkan seterusnya akan menyokong cip pemproses 5G bagi menawarkan prestasi penggunaan yang lebih mantap dan padu.
[ SUMBER ]

