
Celcom baru-baru ini telah mengumumkan perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, sebagai tambahan kepada perkhidmatan tanpa wayar tetap bagi kediaman di seluruh Malaysia.
Celcom Home Fibre™ menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, serta 30Mbps dengan harga RM80 sebulan. Pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar Celcom – Celcom Home Wireless™ kerana ia mampu menghubungkan sehingga 64 peranti dalam satu masa.
Pelanggan boleh terus memasang Celcom Home Wireless™ selepas mendaftar dan dapat menstrim filem berdefinisi tinggi melalui saluran seperti Netflix, Astro Go, Tonton dan lain-lain, dengan data Video Walla™ sehingga 1,000GB. Tambahan lagi, pelanggan boleh menikmati muzik terkini dengan data Music Walla™, serta bermain permainan video atau melayari internet dengan keselesaan kediaman masing-masing.
Bagi maklumat lanjut mengenai Celcom Home Fibre™ atau Celcom Home Wireless™, layari Celcom Broadband.

