
MWC 2019: Peranti Pintar 5G Pertama Dari Xiaomi – Diperkenalkan Mi MIX 3 5G
Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Mi 9 mereka pada 20 Februari yang lalu, kini dalam acara MWC 2019 pengeluar dari China ini turut memperkenalkan peranti 5G pertama mereka iaitu Mi MIX 3 5G kepada umum.
[ Xiaomi Mi MIX 3 Dijual Pada Harga Bermula RM 2,199 – Ketersediaan 12 Januari 2019! ]
Mi MIX 3 5G adalah model keluaran dahulu, apa yang membezakan dan terbaru dalam mdoel 5G ini adalah sokongan rangkaian 5G melalui modem X50 pada cip pemproses Snapdragon 855, serta kapasiti bateri yang dipertingkatkan kepada 3800mAh (dahulu 3200mAh) bersama sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+.
Menurut Xiaomi, mereka telah membangunkan sistem penyejukan hybrid untuk versi 5G ini supaya penggunaan boleh dijamin dengan lancar dan memuaskan.
Bagi spesifikasi lain pula ia masih menggunakan skrin 6.39 inci AMOLED, rekaan slide ini disembunyi dengan kamera hadapan 24MP + 2MP, manakala kamera utama beresolusi 12MP + 12MP.
[ Perkongsian Gambar Dari Lensa Xiaomi Mi MIX 3 ]
Peranti ini hadir dengan pilihan warna Onyx Black dan Sapphire Blue, ditawarkan pada harga 599 Euro (kira-kira RM2770) mulai dipasarkan pada Mei 2019.
♦ Boleh ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦
_____________________________
Artikel Berkaitan:

