MWC 2019: HUAWEI 5G CPE Pro Dilancarkan, Router Wi-Fi Terpantas Dengan Kelajuan 3.29 Gbps

Di Mobile World Congress 2019 (MWC 2019), syarikat pengeluar peranti berlumba-lumba mempamerkan peranti terbaharu mereka, begitu juga dengan HUAWEI. Pada MWC 2019, HUAWEI telah memperkenalkan HUAWEI 5G CPE Pro, yang mana ia menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dan disertakan dengan Dwi link yang pintar.

Dikuasakan oleh Balong 5000 yang merupakan cipset modem multimode 5G pertama di dunia. Hal ini membolehkan ia menyokong aplikasi 4G dan 5G dwi mode. Ia juga merupakan yang pertama mempunyai keupayaan untuk mencatatkan keputusan tinggi benchmark dalam muat turun 5G. Pada Sub6 GHz,balong 5000 boleh mencapai kepantasan muat turun sehingga 4.6Gps dan kepantasan muat turun 4G sehingga 1.6Gpbs.

Disertakan dengan sokongan jalur rangkaian penuh dan juga antena Multi-Polarized Balun, ia berupaya meningkatkan liputan isyarat WiFi sehingga 30%. Tidak hairanlah ia merupakan Router Wi-Fi 5G terpantas di pasaran kerana menyokong kelajuan rangkaian sehingga 3.29 Gbps.

Peranti ini juga turut menyokong Wi-Fi 6 yang dikenali sebagai 802.11ax. CPE ini akan membenarkan sambungan dan kepantasan Wi-Fi direka untuk mempamerkan keupayaan kepantasan dalam pelbagai situasi. Ia juga turut menyokong kepantasan muat turun WLAN sehingga 4.8Gpbs yang merupakan 15 kali lebih pantas daripada 300Mbps bagi Wi-Fi 4 (802.11n; 2×2).

Dalam pada itu, peranti ini direka untuk isyarat yang lebih baik. justeru, HUAWEI 5G CPE Pro merupakan antenna “small cross-polarized” pertama di dunia yang dapat mengurangkan gangguan.

Selain itu, HUAWEI HiLink membenarkan 5G CPE Pro untuk disambungkan dengan mana-mana rangkaian dengan hanya 1 klik. Ia merupakan smart home interconnection platform yang menawarkan sambungan bagi setiap jenis peranti. Serasi dengan WPS, keperluan untuk mendapatkan kata laluan tidak diperlukan lagi.

Router ini juga menyokong dwi band 2.4GHz dan 5GHz. Ia dapat mengenalpasti peranti dengan pintar dan mempamerkan sambungan berkelajuan tinggi ke atas saluran 5GHz.

__________________________

Baca juga:

You might also like