
Xiaomi Gagal Mencapai Sasaran, Menyebabkan Pelabur Mula Risau
Xiaomi adalah salah satu syarikat teknologi dari China yang semakin popular dan mendapat tempat di pasaran global, ianya juga pernah dinobatkan sebagai syarikat yang mempunyai saham pelaburan paling berharga. Namun baru-baru ini The Wall Street Journal melaporkan Xiaomi mengalami sedikit kesulitan dan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pelabur mengakibatkan keadaan sedikit goyah.
Pada tahun lalu, Xiaomi telah menetapkan untuk menjual sebanyak 80 juta peranti dan akhirnya angka tersebut gagal dicapai. Menurut pemerhati pasaran masalah yang dialami Xiaomi itu merupakan isu yang dihadapi hampir semua syarikat kerana tahun 2015 menyaksikan persaingan yang amat sengit antara pengeluar peranti pintar dan harga purata bagi pasaran smartphone yang menurun. Faktor-faktor tersebut telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kegagalan mencapai objektif.