

11street dengan kerjasama SOUL Electronics hari ini secara rasminya memperkenalkan fon telinga tanpa wayar kecerdaaan buatan (A.I) pertama di dunia dikenali sebagai Run Free Pro Bio ke pasaran tempatan.
Direka khas untuk menjadi ‘jurulatih peribadi’, Run Free Pro Bio merupakan fon telinga pertama yang dibina dengan Beflex BiomechEngine® dan latihan suara masa sebenar bagi memantau corak sekaligus meningkatkan keberkesanan larian.

Menerusi teknologi analisis GAIT, Run Free Pro Bio bersama-sama aplikasi SOUL FIT akan menganalisis corak serta menyediakan data terperinci berkaitan keadaan larian bagi meningkatkan prestasi dan meminimumkan risiko kecederaan.
Run Free Pro Bio menawarkan rekaan sangat ergonomik di samping kancing telinga yang boleh ditukar ganti bagi memastikan fon telinga sentiasa terletak sempurna. Ia juga menawarkan masa penggunaan sehingga 11 jam waktu bermain.

Tersedia dalam dua warna menarik iaitu Passion Red dan Power Grey, ia kini boleh didapati pada harga RM 699. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui gedung atas talian, 11 Street bermula HARI INI hingga 12 Disember 2018.
Pelanggan yang membuat pembelian, layak nikmati manfaat pertukaran 1-on-1 dalam tempoh satu tahun (tertakluk pada terma & syarat). Pelanggan juga akan menerima kupon kredit bernilai RM 200 setelah membuat pengesahan pembelian.

Tidak ketinggalan, SOUL Electronics turut menawarkan potongan harga sehingga 20% untuk sebilangan produk terpilih keluaran mereka bermula HARI INI hingga 31 Disember 2018. Bagaimanapun, tawaran ini tidak termasuk untuk pembelian Run Free Pro Bio.
______________________________________________________________________
Di samping itu, 11 Street juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi ‘luar biasa’ bersempena jualan 12.12 yang akan datang. Antaranya seperti :
- Pelanggan mempunyai akses muat turun kupon jenama khas 12.12 bagi 12 jenama utama pelbagai kategori sehingga 90% bermula 5 hingga 10 Disember 2018.
- Promosi Permainan Krismas – mendaftar masuk setiap hari untuk dapatkan kupon
- Tawaran Kilat berlangsung mulai 11 hingga 14 Disember, manakala Tawaran ebaucar pula 18 hingga 20 Disember 2018.
Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI.