CES 2017: Honor 6X, Smartphone Dwi-Kamera Harga bajet

1Smartphone dengan kamera dwi-lensa sudah menjadi tren yang popular ketika ini dengan majoriti peranti flagship mempunyai spesifikasi ini, dan sekarang ia telah merebak ke pasaran smarthone kelas pertengahan. Pembuat peranti bajet, Honor, baru sahaja melancarkan Honor 6X yang dijual pada harga USD 249.99 (RM 1,123.08), di mana ia merupakan smartphone dengan kamera dwi-lensa yang mempunyai harga jualan terendah buat masa kini.

Honor 6X yang diperkenalkan di acara CES 2017 ini mempunyai cip pemproses Kirin 655 dan dibantu RAM berkapasiti 4GB. Buat masa sekarang, ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan pelan untuk melancarkan kemas kini Android Nougat tidak lama lagi. Skrinnya pula menggunakan panel paparan Full HD bersaiz 5.5 inci, dengan sokongan 2.5D glass.

2Spesifikasi yang paling menarik bagi Honor 6X adalah pada kameranya. Sistem kamera dwi-lensa Honor 6X menampilkan lensa 12 Megapiksel dan 2 Megapiksel dengan kemampuan aperture yang hebat. Setup kamera ini mampu menghasilkan gambar efek bokeh / depth of field dengan sangat baik. Kamera hadapannya pula menggunakan lensa 8 megapiksel dengan perisian selfie yang dibangunkan Huawei.

Honor 6X turut menawarkan bateri berkapasiti 3340mAh, disokong oleh teknologi pengecasan pantas 5V / 2A yang mampu mengecas peranti dalam masa yang singkat. Honor 6X hadir dalam 3 warna, iaitu emas, perak dan kelabu. Masih belum ada tarikh jualan dan harga bagi pasaran tempatan, kami akan mengemas kini berita Honor 6X apabila mempunyai informasi lanjut kelak.

You might also like